Skip to main content

Teknologi

Kemas kini Opera One bawa integrasi AI Google Gemini terus dalam pelayar

Sumber: AMANZ
Pengguna boleh melakukan pelbagai pertanyaan bersama Gemini bagi mendapatkan jawapan serta-merta, sekali gus meningkatkan kecekapan pelayaran web. -Foto Amanz

Pelayar web Opera One memperkenalkan kemas kini baharu yang menyertakan akses pantas kepada perkhidmatan Google Gemini dan Google Translate menerusi bar sisi (sidebar) platform berkenaan.

Pengguna boleh mengakses kedua-dua perkhidmatan Google tersebut secara terus tanpa perlu membuka tab baharu atau meninggalkan laman web yang sedang dilayari, lapor Amanz.

Pengguna boleh melakukan pelbagai pertanyaan bersama Gemini bagi mendapatkan jawapan serta-merta, sekali gus meningkatkan kecekapan pelayaran web.

Selain penambahan akses kecerdasan buatan (AI), Opera One baharu ini turut menawarkan ciri "Split Screen" yang membolehkan sehingga empat tab dipaparkan secara serentak pada satu masa.

Ciri berkenaan memudahkan pengguna melakukan perbandingan maklumat atau melayari pelbagai laman web dengan lebih efektif dalam satu paparan skrin.

Kemas kini itu kini tersedia untuk dimuat turun oleh semua pengguna global bagi menikmati pengalaman pelayaran yang lebih produktif.

"Integrasi alat produktiviti terus ke dalam antara muka pelayar merupakan komitmen kami dalam memudahkan urusan digital harian pengguna," tulis kenyataan itu.

Sebelum ini, Opera One telah memperkenalkan pelbagai ciri inovatif termasuk pembantu AI kendiri yang dikenali sebagai Aria bagi bersaing dengan pelayar web lain.

 

Must Watch Video