Skip to main content

Malaysia

Presiden PTM nafi dakwaan salah guna kuasa, buat laporan polis

[TB]_Persekutuan Tinju Malaysia_fb Persekutuan Tinju Malaysia
Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Mohamad Iruan Zulkefli akan mengadakan sidang media pada Jumaat bagi memberi penjelasan terperinci dan menjelaskan perkara sebenar berhubung isu berkenaan.

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Mohamad Iruan Zulkefli menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan beliau dengan isu meminta wang atau salah guna kuasa.

Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak benar, tidak berasas dan fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta integritinya. 

"Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Nilai hari ini (Khamis) dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Mohamad Iruan turut memaklumkan, beliau akan mengadakan sidang media pada Jumaat bagi memberi penjelasan terperinci dan menjelaskan perkara sebenar berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, tular video di Facebook dakwaan seorang jurulatih tinju bahawa dia dipaksa melakukan pemindahan wang kepada PTM setiap bulan. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement