Skip to main content

Teknologi

Ask Jeeves berkubur, Ask.com tamat operasi

ASK.COM
Ditubuhkan pada 1996 sebagai Ask Jeeves, platform ini merupakan antara perintis awal yang membolehkan pengguna mengemukakan soalan dalam bahasa harian (natural language) — konsep yang kini menjadi asas kepada bot sembang kecerdasan buatan (AI) moden.

NEW YORK: Enjin carian ikonik era 1990‑an, Ask.com, secara rasmi menamatkan operasinya pada 1 Mei, sekali gus menutup lembaran sejarah selepas 25 tahun berkhidmat menjawab pertanyaan pengguna di seluruh dunia.

Penutupan itu diumumkan syarikat induknya, IAC, yang membuat keputusan untuk menghentikan perniagaan carian bagi memberi tumpuan kepada portfolio perniagaan yang lain.

“Selepas 25 tahun menjawab soalan dunia, Ask.com secara rasmi ditutup pada 1 Mei 2026,” menurut kenyataan ringkas yang dipaparkan di laman web rasmi platform berkenaan.

Ditubuhkan pada 1996 sebagai Ask Jeeves, platform ini merupakan antara perintis awal yang membolehkan pengguna mengemukakan soalan dalam bahasa harian (natural language) — konsep yang kini menjadi asas kepada bot sembang kecerdasan buatan (AI) moden.

Namun, penguasaan pasaran oleh Google menyebabkan Ask.com semakin sukar bersaing, sekali gus mendorong penjenamaan semula serta perubahan strategi kepada platform soal jawab (Q&A) sekitar 2010.

Pengerusi IAC, Barry Diller, sebelum ini mengakui Ask.com tidak lagi kompetitif dalam landskap carian global yang didominasi gergasi teknologi lain.

Meskipun jenama itu kini berkubur, kenyataan pada laman web tersebut menyifatkan "semangat Jeeves tetap kekal" sebagai sebahagian daripada sejarah evolusi internet.

Penutupan Ask.com menandakan berakhirnya era enjin carian klasik, yang suatu ketika dahulu menjadi pesaing utama kepada platform seperti Yahoo! dan AltaVista pada peringkat awal perkembangan World Wide Web.

Must Watch Video