Skip to main content

Dunia

Puluhan ribu berhimpun di Tokyo pertahan perlembagaan, keamanan

Participants and protesters hold posters opposing Japan’s Prime Minister Sanae Takaichi's administration and her policies on constitutional revision and military expansion during a Constitution Memorial Day rally in Tokyo, Japan, May 3, 2026. REUTERS/Issei Kato
Demonstrasi itu berlangsung melibatkan orang ramai yang begitu padat, berbanding tahun-tahun sebelumnya. - Reuters

TOKYO: Puluhan ribu berhimpun secara aman di jalanan Tokyo demi mempertahankan Perkara 9 perlembagaan berkaitan “keamanan”, seorang wartawan RIA Novosti melaporkan pada Ahad.

3 Mei menandakan ulang tahun ke-79 pelaksanaan perlembagaan Jepun, yang dikenali sebagai "keamanan" kerana Artikel 9 perlembagaan itu iaitu Jepun meninggalkan perang sebagai cara untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa dan tidak mengekalkan angkatan tenteranya sendiri.

Demonstrasi itu berlangsung melibatkan orang ramai yang begitu padat, berbanding tahun-tahun sebelumnya, sehinggakan peserta buat kali pertama tidak perlu mencari jalan sendiri kerana mereka hanya perlu mengikut orang ramai yang meninggalkan stesen (tren).

Penunjuk perasaan memegang papan tanda bertulis "Tidak kepada perang!", "Tidak kepada menukar perlembagaan!" , "Tidak kepada ketenteraan!", dan "Mari kita pertahankan perlembagaan dan Perkara 9".

Menurut penganjur perhimpunan, risalah dan plakad yang biasanya diedarkan kepada peserta telah habis sebelum acara itu bermula. Selepas perhimpunan, peserta akan berarak melalui jalan-jalan di bandar.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video