Skip to main content

Teknologi

Adobe Premiere Pro perkenal Color Mode, mudahkan penggredan warna profesional

AMANZ
Menerusi ciri itu, penyunting video kini boleh melakukan penggredan warna asas hingga pertengahan tanpa memerlukan kepakaran mendalam sebagai seorang colorist, sekali gus memperkemas aliran kerja penyuntingan. -Foto Amanz

ADOBE memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai Color Mode dalam perisian suntingan video Adobe Premiere Pro, bertujuan memudahkan proses penggredan warna profesional untuk pengguna pelbagai tahap kemahiran.

Menerusi ciri itu, penyunting video kini boleh melakukan penggredan warna asas hingga pertengahan tanpa memerlukan kepakaran mendalam sebagai seorang colorist, sekali gus memperkemas aliran kerja penyuntingan, lapor Amanz.

Color Mode dibina terus dalam antara muka Premiere Pro, dengan menawarkan beberapa pratetapan sedia ada yang boleh disesuaikan mengikut keperluan kreatif pengguna.

Antara kawalan utama yang disediakan termasuk pelarasan ketepuan (saturation), rona (hue), dan kecerahan (luminance), selain membolehkan pengguna menyimpan tetapan berkenaan sebagai profil peribadi untuk kegunaan masa hadapan.

Pengenalan ciri berkenaan dilihat selari dengan perkembangan semasa industri penyuntingan video, yang memperlihatkan peningkatan minat terhadap sistem penggredan warna yang lebih mesra pengguna.

Color Mode kini boleh diakses menerusi versi Adobe Premiere Pro (beta) untuk pengguna Premiere Pro sebagai sebahagian daripada langganan Adobe Creative Cloud, bermula hari ini.

Penggredan warna merupakan elemen penting dalam penghasilan video bagi membezakan kualiti visual antara karya amatur dan profesional.

Sebelum ini, proses berkenaan dalam Adobe Premiere Pro banyak bergantung kepada kesan Lumetri Color, yang memerlukan pemahaman teknikal lebih terperinci bagi mencapai hasil penggredan yang tepat.

Must Watch Video