Skip to main content

Sukan

RWC 2019: Ireland gegarkan Rusia 35-0

61570108275_RWCIreland.jpg
Ireland kini berada pada tangga teratas bagi Pool A selepas mengutip lima lagi mata selepas menundukkan Rusia dalam perlawanan di Stadium Kobe Misaki pada Khamis.

Pada separuh masa pertama, ternyata pasukan tangga ketiga dunia itu mendahului lawan 21 mata dengan tiga try dan tiga conversion.

Babak separuh masa kedua menyaksikan Russia  terus dihukum Ireland apabila Andrew Conway menyempurnakan satu lagi try pada minit ke-61 diikuti dengan conversion oleh Jack Carty pada minit ke-62.

Ternyata pasukan Russia seolah olah tergamam apabila mata demi mata dicipta Ireland.

Ireland menambah tujuh lagi mata pada minit ke-75 menerusi try dari Garry Rringrose, diikuti conversion oleh Jack Carty dua minit kemudian.

Keputusan penuh perlawanan, Ireland 35 - 0 Rusia.


Must Watch Video