Malam ini, pasukan bola sepak Harimau Malaya bakal berentap dengan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Berikut ialah info untuk penyokong-penyokong yang akan ke stadium malam ini:
* Penyokong yang membeli tiket secara online tetapi masih belum menebusnya, kaunter penebusan dibuka di Pintu D dan Pintu E sehingga jam 8 malam ini. Penyokong perlu datang awal bagi mengelak kesesakan di kaunter yang boleh menyebabkan kelewatan masuk ke stadium.
* Pintu masuk ke stadium pula akan dibuka bermula dari jam 4 petang ini. Sepak mula adalah pada jam 8.45 malam, namun penyokong dinasihatkan untuk pergi ke stadium seawal mungkin.
* Bagi penyokong Malaysia, sebanyak 78 laluan masuk akan dibuka iaitu 16 laluan masuk di Pintu A (tiket grandstand RM50 dan tiket terbuka RM40) serta 16 laluan masuk di Pintu B, 30 laluan masuk di Pintu C dan 16 laluan masuk di Pintu D untuk tiket terbuka RM40 sahaja.
* Bagi penyokong Vietnam, sebanyak 16 laluan masuk akan dibuka di Pintu E sahaja.
* Sila datang awal bagi mengelak daripada beratur panjang dan kelewatan yang tidak diingini.
* Penyokong juga digalakkan supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT yang telah dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1 pagi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta.