Skip to main content

Sukan

Iran rancang hantar 300 hingga 350 atlet ke Sukan Asia 2026

71769378832_TBNAGOYA.jpg
Sukan Asia 2026 dijadual berlangsung di Nagoya dan Wilayah Aichi bermula dari 19 Sept hingga 4 Okt. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Iran merancang untuk menghantar antara 300 hingga 350 atlet ke Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun, menurut Chef-de-Mission Iran bagi temasya itu, Asghar Rahimi.

Bagaimanapun, beliau berkata pemilihan akhir masih belum diputuskan sambil menegaskan bahawa Iran akan mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, dengan fokus utama diberikan kepada prospek pingat.

"Keutamaan kami adalah memenangi pingat," kata Rahimi seperti yang dipetik oleh Tehran Times.

Sukan Asia 2026 dijadual berlangsung di Nagoya dan Wilayah Aichi bermula dari 19 Sept hingga 4 Okt.

-- BERNAMA


Must Watch Video