Skip to main content

Sukan

Harimau Malaya tumpas 2-0 kepada Shimizu S-Pulse

81354163672_295x200.jpg
Skuad bola sepak negara memulakan kempen jelajah perlawanan persahabatan dengan kelab di Jepun dengan langkah longlai apabila kalah kepada kelab Divisyen Satu Jepun, Shimizu S-Pulse, 2-0.

Pasukan kelab dari negara Matahari Terbit itu memperoleh gol pertama menerusi jaringan Jumpei Takaki pada minit ke-48 dan Yasuhiro Hiraoka pada minit ke-76.

Kunjungan ke negara itu mulai 23 Julai hingga 1 Ogos itu adalah sebagai persiapan skuad kebangsaan menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, Oktober ini.

Di Jepun, Harimau Malaya masih berbaki dua perlawanan persahabatan iaitu  menentang kelab Divisyen Satu, Shonan Bellmare pada Sabtu ini dan kelab Divisyen Dua, Tokyo Verdy, Rabu depan.

Must Watch Video