Skip to main content

Sukan

Gianni Infantino dilantik presiden FIFA, ambil alih jawatan Sepp Blatter

61456531990_GianniInfantino.jpg
Gianni Infantino dilantik Presiden baharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantikan  Sepp Blatter.

Setiausaha Agung badan bola sepak induk dunia berusia 45 tahun itu mendapat majoriti  yang tinggi dari 207 anggota yang mengundi.

Beliau mudah menewaskan saingan dari Asia, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dalam pusingan kedua yang diadakan di Zurich,  Switzerland pada Jumaat.

Infantino mendapat 115 undi manakala Sheikh Salman dari Bahrain yang juga presiden Persekutuan Bola Sepak Asia mendapat 88 undi.


Sejurus diumumkan pemenang, Infantino yang tersenarai bertanding pada saat-saat akhir, berjanji untuk membawa FIFA keluar dari skandal rasuah yang menghantuinya.

Lima calon tampil bersaing untuk merebut jawatan nombor satu itu.

Must Watch Video