Skip to main content

Sukan

Empat pemain Harimau Malaya tersenarai dalam kesebelasan utama Sabah

51707808332_TBpemainHarimauM.jpg
MENJELANG perlawanan separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN antara Sabah menentang pasukan Australia, Macarthur, empat pemain kebangsaan tersenarai dalam kesebelasan utama.

Darren Lok bakal menjadi penyerang tunggal di hadapan yang akan diapit dua pemain import di belakangnya iaitu Ferreira Castanheira dan Ramon.

Stuart Wilkin pula akan mengendali posisi tengah bersama dengan Cifu dan dibantu dua bek sayap, Ko Kwang-Min dan juga Daniel Ting.

Sistem tiga pertahanan digunakan Datuk Ong Kim Swee yang diketuai Park Tae-Su, dia akan diapit Dominic Tan dan juga Gabriel Peres dengan misi untuk bantu Khairul Fahmi yang bertugas sebagai penjaga gawang.

Dalam pada itu, Macarthur menyenaraikan barisan terkuat mereka demi merebut slot final saingan zon ASEAN kali ini.



*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro


Must Watch Video