Skip to main content

Sukan

Cristiano Ronaldo ketuai Al Nassr ke puncak Liga Pro Saudi

41674436765_AlNassrCristiano.jpg
AL NASSR 1 AL IITIFAQ 0

Cristiano Ronaldo membawa Al Nassr kembali ke puncak carta di sebalik tidak menghasilkan sebarang gol dalam penampilan pertamanya dalam Liga Pro Saudi.

Sebaik selesai menjalani penggantungan perlawanan, Ronaldo membuat penampilan sulung dengan mengetuai pasukan baharunya itu ketika menentang Al Ittifaq, awal pagi tadi.

Perlawanan rasmi pertama membabitkannya di Arab Saudi berakhir dengan kemenangan 1-0.

Tandukan bekas penyerang Brazil Benfica dan Besiktas, Talisca, menjadi pemisah perlawanan.


Ronaldo tampil dengan mata lebam selepas dikasari Keylor Navas dalam satu perlawanan persahabatan di antara pasukan Riyadh All-Stars dan Paris Saint-Germain (PSG), minggu lalu.

Kemenangan itu memastikan Al Nassr merampas kedudukan Al Hilal. - Stadium Astro





Must Watch Video