Skip to main content

Sukan

CEO Kelantan FC umum lepaskan jawatan Naib Presiden KAFA

41692948024_MuzakkirHamid.jpg
KOTA BHARU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRW Kelantan FC Ahmad Muzakkir Hamid melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Muzakkir berkata langkah tersebut dibuat bagi memberi fokus kepada jawatan baharu beliau bersama TRW Kelantan FC.

"Oleh itu, segala siaran media tidak perlu menyebut atau memasukkan jawatan saya lagi sebagai Naib Presiden KAFA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penajaan KAFA.

Terdahulu, Bernama melaporkan TRW Kelantan FC telah melantik Ahmad Muzakkir sebagai CEO kelab berkenaan berkuat kuasa semalam.

Pengerusi Hal Ehwal Usahawan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) Malaysia itu yang merupakan siswazah dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam dilantik menerajui TRW Kelantan FC kerana mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam pembangunan sukan khususnya bola sepak.

-- BERNAMA

Must Watch Video