Skip to main content

Sukan

Terengganu jelaskan situasi isu sekatan perpindahan

terengganu FC
Pihak kelab memberitahu, mereka telah menjalankan tanggungjawab secara profesional dan mematuhi prosedur perundangan bola sepak antarabangsa.

TERENGGANU Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) ingin menjelaskan berhubung isu yang sedang diperkatakan melibatkan sekatan perpindahan, berikutan berita yang tular mengenainya.

Menerusi laman Facebook rasmi Terengganu FC, pihak kelab memberitahu, mereka telah menjalankan tanggungjawab secara profesional dan mematuhi prosedur perundangan bola sepak antarabangsa.


"Untuk makluman, TFCSB telah membuat sebahagian pembayaran kepada pemain import, Ivan Mamut sebagai komitmen kelab dalam menyelesaikan perkara ini secara teratur. Baki bayaran akan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan dan perkara ini adalah di bawah kawalan serta pemantauan pihak kelab.


"Sehubungan itu, pihak kelab telah menghantar bukti pembayaran kepada pihak pemain serta memaklumkan perkara ini kepada FIFA. TFCSB akan mematuhi sebarang keputusan yang ditetapkan mengikut peraturan yang berkuat kuasa," ujar kenyataan itu.


Tambah kenyataan berkenaan, TFCSB sentiasa komited untuk bertindak secara telus dan profesional, selain memastikan setiap urusan melibatkan kelab diselesaikan mengikut garis panduan yang sah. Kelab akan berkongsi perkembangan terbaru sebaik menerima keputusan daripada FIFA setelah penyelesaian dilakukan.
 

BACA: Tular kelab Liga Super kembali dihimpit sekatan perpindahan, gaji pemain RM83,000 terbongkar

Must Watch Video