Skip to main content

Sukan

Jurulatih puji Ronaldo selepas jaringan gol ke-100 di Liga Pro Saudi

Soccer Football - Saudi Pro League - Al Shabab v Al Nassr - Al Shabab FC Arena, Riyadh, Saudi Arabia - May 7, 2026 Al Nassr's Cristiano Ronaldo celebrates after the match REUTERS/Stringer TPX IMAGES OF THE DAY
Dengan bantuan Ronaldo, Al-Nassr kini mendahului carta liga dengan kelebihan lima mata di hadapan Al-Hilal. - Foto Reuters

BERLIN: Jurulatih Al-Nassr Jorge Jesus memuji Cristiano Ronaldo kerana kegigihannya, selepas bintang terkemuka Portugal itu menjaringkan gol ke-100 beliau dalam Liga Pro Saudi dan kini semakin menghampiri sasarannya untuk meraih 1,000 gol sepanjang kerjaya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Al-Nassr menewaskan Al-Shabab 4-2 pada Khamis dan pemain berusia 41 tahun itu menyempurnakan hantaran daripada bekas pemain Bayern Munich dan Liverpool, Sadio Mane untuk menjadikan kedudukan 3-1 dengan baki 15 minit perlawanan.

Tiga lagi gol dijaringkan oleh Joao Felix dari Portugal.

Gol itu adalah gol liga ke-26 Ronaldo musim ini dan gol ke-971 sepanjang kerjayanya.

"Ronaldo sentiasa berbahaya, kita dapat melihatnya hari ini," kata Jesus kepada pemberita.

Pasukan beliau kini mendahului carta liga dengan kelebihan lima mata di hadapan Al-Hilal, yang mempunyai baki satu perlawanan dan merupakan lawan seterusnya bagi pasukan Ronaldo pada Selasa depan.

Bekas pemain terbaik dunia itu beraksi di Arab Saudi sejak Disember 2022 dan masih menantikan kejuaraan utama pertamanya di sana.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video