Skip to main content

Sukan

EPL: Arsenal lepaskan pendahuluan dua gol, diikat kelab tercorot

Wolverhampton Wanderers' Mateus Mane, argues with Arsenal's Riccardo Calafiori during the Premier League soccer match between Wolverhampton Wanderers and Arsenal in Wolverhampton, England, Wednesday, Feb. 18, 2026. (AP Photo/Dave Shopland)
Pemain Wolverhampton Wanderers Mateus Mane bertelingkah dengan pemain Arsenal Riccardo Calafiori ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Arsenal di Wolverhampton, England, 18 Feb 2026. (Foto AP)

PEMAIN remaja, Tom Edozie, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94 dalam penampilan sulungnya ketika Arsenal mensia-siakan pendahuluan dua gol untuk sekadar terikat 2-2 dengan kelab tercorot, Wolverhampton Wanderers, di Stadium Molineux awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal terlepas peluang untuk melebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal kini mengumpul 58 mata daripada 27 perlawanan, lima mata di atas pasukan di tangga kedua Manchester City, yang berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Bukayo Saka meraikan kontrak baru lima tahunnya dengan menjaringkan gol pertamanya dalam 16 perlawanan seawal minit kelima sebelum Piero Hincapie menggandakan kelebihan itu sepuluh minit selepas babak kedua bermula.

Keputusan itu sepatutnya sudah memadai buat Arsenal tetapi Wolves terus menerus memberikan tentangan sehinggalah Hugo Bueno menjaringkan gol melalui sepakan lencong yang menarik pada minit ke-61.

Edozie kemudian melepaskan rembatan ke arah gol yang terbias ke tubuh Riccardo Calafiori dan tiang, sebelum menerjah jaring dalam waktu kecederaan

Sebagai rekod, Arsenal hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada lapan perlawanan liga terakhir.

 

Must Watch Video