Skip to main content

Malaysia

Jurang ranking Harimau Malaya-Indonesia semakin jauh

Kemenangan Indonesia dalam perlawanan pertama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Series menewaskan St. Kitts dan Nevis berjaya memperbaharui kedudukan ranking terkini dan berpeluang terus mendaki tinggi carta dunia._Stadium Astro
Sang Garuda kini menghuni tangga ke-120 manakala Harimau Malaya berada di tangga ke-135 dunia.

KEMENANGAN Indonesia dalam perlawanan pertama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Series menewaskan St. Kitts dan Nevis berjaya memperbaharui kedudukan ranking terkini dan berpeluang terus mendaki tinggi carta dunia.

Sang Garuda menghuni tangga ke-120 dengan pungutan mata 1148.70, jauh meninggalkan Harimau Malaya yang dikenakan hukuman penolakan mata baru-baru ini, sekali gus berada di tangga ke-135 dunia. 

Sekiranya, skuad kendalian John Herdman itu berjaya menundukkan Bulgaria Isnin ini, mereka berpotensi melonjak ke tempat 118, sekali gus bakal berada dalam Pot 3 menjelang undian peringkat kumpulan Piala Asia 2027 nanti.

Perbezaan sebanyak 15 anak tangga meletakkan Malaysia jauh berbanding Indonesia selepas pengumuman kemas kini ranking pada Isnin lalu.

Kejatuhan secara drastik itu susulan hukuman daripada FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membatalkan dua kemenangan berdepan Nepal dan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Ia, termasuk dengan pembatalan dua kemenangan perlawanan persahabatan menentang Singapura dan Palestin.
 

Stadium Astro

Must Watch Video