Skip to main content

Dunia

11 cedera, 127 ditahan selepas PSG tempah tempat ke final Liga Juara-Juara

Soccer Football - UEFA Champions League - Semi Final - Second Leg - Paris St Germain fans gather in Paris - Paris, France - May 6, 2026 Police vans are seen near the Arc de Triomphe after Paris St Germain won the semi final match against Bayern Munich REUTERS/Stephanie Lecocq
Insiden kekacauan terpencil tercetus di Paris selepas Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan tempat ke final Liga Juara-Juara pada Rabu, menyebabkan 127 individu ditahan di seluruh kawasan metropolitan itu. - Foto REUTERS/Stephanie Lecocq

PARIS: Insiden kekacauan terpencil tercetus di Paris selepas Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan tempat ke final Liga Juara-Juara pada Rabu, menyebabkan 127 individu ditahan di seluruh kawasan metropolitan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez memberitahu stesen radio Europe 1 pada Khamis bahawa 11 individu cedera, termasuk seorang parah, manakala 23 anggota penguat kuasa mengalami kecederaan ringan.

Media Perancis melaporkan bahawa penyokong berhimpun untuk meraikan kejayaan itu di sekitar Stadium Parc des Princes dan di Champs-Elysees selepas PSG seri 1-1 dengan Bayern Munich.

Keputusan itu sudah memadai bagi PSG sekali gus memastikan kemenangan agregat 6-5.

Perhimpunan di Champs- Champs-Elysees telah dilarang sebelum ini. Susulan itu, polis menggunakan gas pemedih mata dalam beberapa insiden terpencil.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video