Skip to main content

Dunia

Turkiye bawa pulang tiga rakyatnya dari kapal persiaran dikaitkan kes hantavirus

Ships at dock at Granadilla port, where the MV Hondius, carrying nearly 150 people, is expected to arrive within three days, Spain's Health Minister Monica Garcia said, adding that those on board were not presenting any symptoms of the disease, in Granadilla de Abona, Santa Cruz de Tenerife, Spain May 7, 2026. REUTERS/Leonardo Benassatto REFILE - ADDING LOCATION INFO "GRANADILLA DE ABONA". TPX IMAGES OF THE DAY
Ketiga-tiga individu berkenaan akan dikuarantin sebaik tiba di negara berkenaan. - Foto fail/REUTERS

ISTANBUL: Turkiye pada Ahad akan membawa pulang tiga rakyatnya dari sebuah kapal persiaran antarabangsa yang dikesan mempunyai kes hantavirus, menurut pengumuman Kementerian Kesihatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan pada Sabtu menerusi platform media sosial Turkiye, NSosyal, kementerian itu memaklumkan keadaan kesihatan tiga rakyat Turkiye terbabit dipantau rapi.

“Proses pemantauan yang dijalankan dengan penyelarasan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan menunjukkan rakyat kami tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda penyakit,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan Turkiye menambah ketiga-tiga individu berkenaan akan dikuarantin sebaik tiba di negara berkenaan dan semua prosedur kesihatan akan dilaksanakan dengan teliti oleh kementerian itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengklasifikasikanwabak hantavirus itu sebagai tindak balas kecemasan Tahap 3, iaitu tahap pengaktifan kecemasan paling rendah.

Wabak yang melibatkan strain hantavirus Andes itu setakat ini mengakibatkan lima kes disahkan, termasuk tiga kematian dalam kalangan penumpang yang mempunyai kaitan dengan pelayaran berkenaan, menurut pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kapal MV Hondius yang membawa kira-kira 150 penumpang dan anak kapal daripada 23 negara berlepas dari Argentina dan merentasi Lautan Atlantik sebelum melaporkan kluster penyakit pernafasan ketika belayar di perairan berhampiran Cape Verde di Afrika Barat.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video