Skip to main content

Dunia

Putin tawar simpan uranium diperkaya Iran

81743137271_VladimirPutin.jpg
Putin berkata Rusia pernah melaksanakan langkah serupa pada 2015 dan bersedia untuk mengulanginya. - Foto fail/AP

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin, menawarkan untuk mengangkut dan menyimpan simpanan uranium diperkaya milik Iran dalam usaha meredakan ketegangan berkaitan program nuklear negara itu.

Bercakap dalam sidang media di Moscow, Putin berkata Rusia pernah melaksanakan langkah serupa pada 2015 dan bersedia untuk mengulanginya.

“Kami mempunyai pengalaman memindahkan uranium diperkaya dari Iran sebelum ini dan bersedia untuk melakukannya sekali lagi,” katanya.

Menurut beliau, semua pihak sebelum ini bersetuju agar uranium tersebut dipindahkan keluar dari Iran. Namun, rundingan menjadi tegang selepas Amerika Syarikat mengubah pendirian dengan menuntut bahan itu dihantar secara eksklusif ke wilayahnya.

“Tindakan itu menyebabkan Iran turut mengeraskan pendiriannya,” jelas Putin.

Beliau menambah Rusia akan terus berhubung dengan Washington dan Tehran bagi mencari penyelesaian, sambil berharap konflik yang berterusan dapat ditamatkan secepat mungkin.

Setakat ini, tiada reaksi segera daripada pihak Iran berhubung cadangan tersebut.
 

Must Watch Video