Skip to main content

Politik

Penyertaan UPKO dalam PH satu khabar gembira - Anwar

51629989721_AnwarIbrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menghargai penyertaan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai parti komponen terbaharu pakatan pembangkang itu, kata pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penyertaan UPKO ke dalam PH di bawah semangat ‘khemah besar’ pakatan berkenaan amat dialu-alukan.

"Saya mengalu-alukan kemasukan UPKO ke dalam keluarga besar PH yang baru diumumkan Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang tadi.

"Ia suatu khabar yang cukup menggembirakan dan bermakna tatkala PH sedang merangkul seberapa besar kekuatan kita dalam mengangkat denyut nadi rakyat berbilang kaum, termasuk kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam era yang sangat mencabar hari ini.

"Tantangan (tentangan) kesihatan dan ekonomi saat ini sangat besar, dan ia memerlukan kekuatan semua, dan dari pelbagai pihak.

"Saya hargai kebersamaan ini serta semoga kita dapat bersama merencana strategi yang ampuh dan rapi dalam menyediakan bangsa dan negara untuk fasa pasca COVID-19 kelak," katanya.

BACA: UPKO parti komponen terbaharu Pakatan Harapan

Pada petang Khamis, Saifuddin mengumumkan UPKO diterima sebagai parti komponen terbaharu PH di bawah semangat ‘khemah besar’ pakatan tersebut.

Menurutnya, keputusan untuk menerima permohonan UPKO dibuat dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.

Must Watch Video