Skip to main content

Malaysia

Malaysia Masters: Nova mohon maaf susulan prestasi hambar beregu campuran negara

SEPANG, 2 Sept -- Ketua Jurularih Beregu Campuran, Nova Widianto ketika ditemui media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini selepas menyertai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Nova menyuarakan kekecewaannya dengan aksi Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang disifatkan bermain seolah-olah tanpa jiwa. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto mengambil tanggungjawab atas keputusan hambar pemain beregu campuran pada saingan Malaysia Masters 2026, selepas menyaksikan tiada wakil pada peringkat separuh akhir.

โ€œSecara keseluruhan beregu campuran hasilnya tidak bagus. Saya memohon maaf dan sedia mengambil tanggungjawab (atas prestasi hambar pemain beregu campuran negara),โ€ katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, hasrat penyokong negara untuk menyaksikan Malaysia mempunyai wakil dalam acara beregu campuran pada kejohanan itu tidak kesampaian apabila juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir pada pusingan suku akhir, semalam.

Pasangan nombor empat dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 18-21,16-21 kepada pasangan pilihan kelapan dari China Gao Jia Xuan-Wei Ya Xin (CHN) dalam tempoh 44 minit.

Dalam pada itu, Nova tanpa berselindung menyuarakan kekecewaannya dengan aksi anak buahnya itu yang disifatkan bermain seolah-olah tanpa jiwa, dan mereka tewas bukan kerana faktor lawan yang hebat sebaliknya berpunca daripada diri sendiri.

โ€œKali pertama saya tengok terutamanya Tang Jie, mereka bermain seperti kosong. Mereka bermain seolah-olah tiada idea, tiada jiwa,โ€ katanya.

Nova berkata perbincangan bersama juara dunia itu akan diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik, sambil berharap gandingan berkenaan dapat bangkit semula menjelang Terbuka Singapura yang dijadual berlangsung minggu hadapan.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement