Skip to main content

Politik

MB Perlis digesa beri penjelasan tangguh sidang DUN saat akhir

KANGAR, 23 April -- Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis dimulai dengan lafaz ikrar Rukun Negara buat julung kalinya pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 yang berlangsung di Kompleks DUN Perlis, hari ini.  Persidangan DUN berlangsung selama tiga hari bermula Selasa, dengan upacara perasmian disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 22 April._BERNAMA
Persidangan yang dijadualkan bermula pada minggu depan itu merupakan sidang pertama di bawah pimpinan Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah dari Bersatu. - Gambar fail/Bernama

KANGAR: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menggesa Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah supaya memberikan penjelasan segera berhubung penangguhan sidang DUN yang sepatutnya dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 23 April ini.

ADUN Sanglang yang juga bekas pemimpin kanan Pas Perlis Mohd Shukri Ramli berkata beliau bersama dengan lima lagi wakil rakyat Pas menerima surat pemakluman penangguhan itu semalam tanpa alasan munasabah.

“(Menteri Besar perlu) jelaskan secepat mungkin … beliau tahu alasan yang menyebabkan beliau menangguh persidangan (DUN) ini,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Mata Ayer dekat sini hari ini yang turut disertai lima lagi ADUN Pas berkenaan.

Persidangan yang dijadualkan bermula pada minggu depan itu merupakan sidang pertama di bawah pimpinan Abu Bakar selepas Pengerusi Bersatu Perlis tersebut mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 28 Dis tahun lepas, susulan peletakan jawatan Mohd Shukri atas faktor kesihatan.

Terdahulu, surat pemakluman penangguhan sidang berkenaan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian tular melalui media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Mohd Shukri turut melahirkan kekesalan kerana telah menangguhkan penerbangan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji ke 3 Mei ini demi menghadiri sidang berkenaan.

Beliau berkata penangguhan sidang DUN tanpa alasan kukuh belum pernah berlaku di Perlis, kecuali disebabkan faktor luar jangka seperti bencana alam, kematian pembesar negeri atau negara, serta penularan wabak penyakit.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video