Skip to main content

Advertisement

Politik

Kuasa mutlak BERSATU di tangan Tun Mahathir

51582608523_950x600.jpg
Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak untuk memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata ia seiring dengan Fasal 16.2 Perlembagaan Bersatu.

“Saya selaku Setiausaha Agung Bersatu dengan ini mengesahkan bahawa menurut perlembagaan Bersatu, Fasal 16.2 Tugas-tugas Pengerusi;

BACA: PERKEMBANGAN TERBAHARU KEMELUT POLITIK NEGARA

16.2.1: Menjadi Pengerusi dan Pemimpin Utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti; dan

16.2.2: Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi,” memetik kenyataan itu.

Justeru tegasnya, segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu.

Must Watch Video