Skip to main content

Malaysia

Wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah

https://www.sinarharian.com.my/article/771679/berita/semasa/wanita-warga-emas-rentung-rumah-terbakar
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah berhampiran sebuah kedai nasi ayam berempah di Kampung Guar Kepayang pada petang Jumaat. - Foto ihsan bomba/Sinar Harian

KEPALA BATAS: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah berhampiran kedai nasi ayam berempah di Kampung Guar Kepayang di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohamad Shoki Hamzah berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, api sedang marak dan kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 298 meter persegi dan ketika ini, anggaran kemusnahan sekitar 70 peratus.

"Pihak bomba menerima maklumat awal terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah bilik pada 5.55 petang, namun setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah lain pada 5.40 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video