Skip to main content

Malaysia

Wanita maut kemalangan di Sekincan

41702861313_Kemalangan.jpg
KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan raya di Sungai Nibong, Sekinchan, pada 5.50 pagi ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, ketika kejadian wanita berkenaan menaiki kereta jenis Proton Saga bersama empat lagi penumpang berusia 10 tahun hingga 30an.

"Siasatan awal mendapati kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar struktur penutup longkang simen.

"Wanita yang berusia 40-an itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas tidak sedarkan diri manakala mangsa yang lain mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa dihantar ke hospital dan tindakan lanjut diserahkan kepada pihak polis.



Must Watch Video