Skip to main content

Dunia

Jordan hantar konvoi bantuan 25 lori ke Lubnan

The Jordan Hashemite Charity Organization is a national charitable institution that seeks to mobilize and cooperate with voluntary charitable organizations.
Setiausaha Agung JHCO Hussein Shibli berkata penghantaran berterusan konvoi bantuan ke Lubnan mencerminkan komitmen teguh Jordan terhadap misi kemanusiaannya.

AMMAN (JORDAN): Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO) pada Khamis menghantar konvoi bantuan kemanusiaan melibatkan 25 lori ke Lubnan bagi membantu menangani keadaan kemanusiaan yang semakin meruncing di negara itu, lapor Xinhua.

Menurut JHCO, penghantaran bantuan itu diselaraskan bersama Kementerian Luar Jordan, Angkatan Tentera Jordan dan Program Makanan Sedunia bagi menyerahkan bekalan penting, termasuk susu bayi dan ubat-ubatan.

Bantuan itu bertujuan menyokong sektor kesihatan Lubnan, memperkukuh keselamatan makanan tempatan serta memenuhi keperluan mendesak kanak-kanak ketika negara itu berdepan cabaran ekonomi dan sosial yang semakin meningkat.

Setiausaha Agung JHCO Hussein Shibli berkata penghantaran berterusan konvoi bantuan ke Lubnan mencerminkan komitmen teguh Jordan terhadap misi kemanusiaannya.

JHCO turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Syria kerana memudahkan proses transit konvoi bantuan kemanusiaan itu merentasi sempadan ke Lubnan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement