Skip to main content

Malaysia

Utusan Melayu sebuah institusi bukan hanya surat khabar - Johan Jaaffar

81566462600_JohanJaafar.jpg
Utusan Melayu perlu dipertahankan kerana ia merupakan manifestasi daripada seluruh kekuatan dan kehebatan tradisi persuratkhabaran dan kewartawan Melayu, kata Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar.

Katanya, Utusan Melayu yang bermula pada tahun 1939 merupakan sebuah institusi, bukan sekadar surat khabar semata-mata.

Utusan Melayu jelas beliau menjadi titik tolak penting dalam dunia surat khabar kerana ia merupakan akhbar  pertama yang dibiayai sepenuhnya orang Melayu sendiri.

"Utusan Melayu mempunyai sejarah yang cukup istimewa, cukup panjang dengan tradisi yang hebat dan luar biasa, maka bagi saya ia perlu dipertahankan.

"Ia juga merupakan manifestasi daripada seluruh kekuatan dan kehebatan tradisi persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu," katanya kepada Astro AWANI.


Must Watch Video