Skip to main content

Malaysia

Tular video remaja bergaduh depan sekolah

SINAR HARIAN
Rakaman berdurasi kira-kira 26 saat itu tersebar di media sosial sejak Rabu memaparkan beberapa individu saling menumbuk serta menendang antara satu sama lain.

KLANG: Tular rakaman video memaparkan sekumpulan remaja terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Pandamaran di sini baru-baru ini.

Rakaman berdurasi kira-kira 26 saat itu tersebar di media sosial sejak Rabu memaparkan beberapa individu saling menumbuk serta menendang antara satu sama lain.

Berdasarkan video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di kawasan parkir berhadapan pagar sekolah terbabit dengan kehadiran beberapa remaja lain yang turut menyaksikan insiden terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey menerusi kenyataan ringkas mengesahkan kejadian berkenaan.

"Setakat ini saya sahkan pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian.

"Siasatan masih dijalankan berhubung kejadian ini," katanya. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video

Advertisement