BALIK PULAU: Tiga pelancong warga Vietnam yang tersesat dalam hutan ketika melakukan aktiviti pendakian di Gertak Sanggul, di sini semalam ditemukan dalam keadaan selamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan daripada sistem NG999 pada 6.15 petang, sebelum sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Seri Balik Pulau digerakkan ke lokasi.
โTiga pelancong berkenaan termasuk seorang wanita berusia 32 hingga 36 tahun itu dikatakan membuat pendakian dari Gertak Sanggul dan turun ke Pulau Cermin tetapi sesat dan berada di pantai.
โMangsa berjaya dihubungi dan telah menghantar lokasi keberadaan melalui aplikasi WhatsApp. Setibanya di lokasi komander operasi membuat size up dan memulakan operasi mencari dan menyelamat dengan berpandukan lokasi diberikan,โ katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebuah bot nelayan kemudian ke lokasi mangsa dilaporkan berada pada 7.50 malam dan membawa mereka kembali ke Gertak Sanggul seterusnya, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA