Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: Suspek lelaki 14 tahun berjaya ditahan - KPN

61760421650_TBIGPPELAJAR.jpg
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, Selangor pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut selepas ditikam pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya sekitar jam 9.30 pagi.
  • Suspek berusia 14 tahun telah ditahan polis, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.
  • Kenyataan lanjut akan diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail.


Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan akan dikongsi oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Anti Buli di sini hari ini.

Terdahulu, media memetik sumber melaporkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Petaling Jaya maut disyaki ditikam seorang pelajar lain pagi tadi.

Suspek dipercayai akan direman esok. 

-- BERNAMA









Must Watch Video