Skip to main content

Dunia

Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni

81667294521_GiorgiaMeloni.jpg
Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni. - Gambar fail

ROM: Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni berkata pada Selasa, kerajaannya telah memutuskan untuk menangguhkan pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel dengan mengambil kira "situasi semasa."

Perdana Menteri bercakap kepada pemberita semasa lawatan ke pameran wain Vinitaly di Verona, agensi berita Itali, lapor ANSA.

Beliau merujuk pada memorandum yang menetapkan rangka kerja kerjasama pertahanan berhubung pertukaran bahan ketenteraan dan penyelidikan teknologi untuk angkatan tentera yang berkuat kuasa pada 13 April 2016 dan diperbaharui setiap lima tahun.

Menteri Pertahanan Guido Crosetto menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Israel, Israel Katz memaklumkan mengenai penangguhan itu, menurut sumber.

-- BERNAMA-ANSA

Must Watch Video