Skip to main content

Malaysia

TERKINI HAJI 2025: Tengku Zafrul akan tunai ibadah haji

81748620391_TengkuZafrulhaji.jpg
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menunaikan ibadah haji bagi musim 1446H/2025M.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau dalam entri di laman Instagram selepas memuat naik kenyataan rasmi berhubung peletakan jawatannya daripada UMNO.

"Malam tadi, saya dikelilingi oleh insan-insan tersayang dan sahabat handai dalam majlis doa selamat sebelum perjalanan saya ke Tanah Suci," katanya dalam kemas kini tersebut.

Tengku Zafrul juga memohon kemaafan daripada semua, jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, atau sebarangan kekurangan sepanjang perkenalan.

Beliau dalam masa sama memohon agar orang ramai mendoakan perjalanan dan ibadahnya dipermudahkan, diterima, dan dikurniakan haji yang mabrur oleh Allah SWT.

Bagi musim Haji 1446H/2025M, lebih 1.8 juta jemaah dijangka  menunaikan rukun Islam kelima itu.



Must Watch Video