Skip to main content

Malaysia

Tenaga pengajar kolej vokasional Besut maut kereta terjunam dalam parit

71485087765_lemasTerengganu.jpg
Seorang guru Kolej Vokasional Besut , lemas selepas kereta yang dinaiki  terbabas ke dalam parit .

Kejadian berlaku di jalan paya rawa, Besut, Terengganu kira-kira jam  2.20 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi berkata mangsa dikenali sebagai Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44 tahun.

Foto JBPM

Foto JBPM
Insiden dipercayai berlaku apabila  kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa hilang kawalan setelah limpahan air banjir  mengakibatkan laluan di kawasan terbabit digenangi air.

Susulan itu, mangsa terjunam kedalam parit dan disyaki lemas selepas terperangkap didalam kereta.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gong Kepas dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah  mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

Must Watch Video