Skip to main content

Malaysia

Sultan Nazrin sempurnakan istiadat meletak kerja pertabalan

71430643068_295x200.jpg
Istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 bermula secara rasmi hari ini menerusi pengisytiharan istiadat meletak kerja pertabalan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Ahad.

Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di hadapan panca persada yang terletak di perkarangan Istana Iskandariah, Bukit Chandan.

Pengisytiharan itu bermula kira-kira jam 9.50 pagi sebaik ketibaan Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim yang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut sama  Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Must Watch Video