Skip to main content

Malaysia

Suami penagih belasah isteri hamil

41385531861_295x200.jpg
Seorang isteri hidup dalam trauma akibat dipukul dan didera suaminya sejak setahun lalu apabila dia turut dikurung di dalam rumah  dan tidak dibenarkan menemui sesiapa  selepas berkahwin.

Menurut mangsa, Siti Suhaila Alias, 28, dari Bukit Payung, Marang, Terengganu , dia yang hamil lima bulan terus menjadi mangsa deraan suami dan telah berlarutan sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 namun perkara itu dirahsiakan.

Ujarnya lagi, dia sering dibelasah suaminya yang tidak bekerja dan menagih dadah dengan menggunakan batang kayu dan  alat pemecah ais serta ditendang di perut serta ditumbuk setiap kali berlaku pertengkaran.

Mangsa yang mengalami cedera di tangan, muka dan belakang membuat laporan polis pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah K. Monaharan mengesahkan suspek kini ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Must Watch Video