Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri, Labuan hingga 4 petang ini

51701073098_RIBUTPETIR.jpg
Keadaan cuaca itu dijangka melanda hampir seluruh daerah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sabah serta Labuan hingga 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12 tengah hari memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda hampir seluruh daerah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang.

Di Pahang, amaran dikeluarkan bagi kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu di Sabah, ribut petir dijangka melanda kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat serta Tawau, selain keseluruhan Labuan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video