Skip to main content

Hiburan

Scarlett Johansson main filem 'The Batman: Part II'

https://gempak.com/hiburan/scarlett-johansson-main-filem-batman-part-ii
Selain Johansson, bintang lain yang diumumkan terlibat dengan projek mega ini adalah Robert Pattinson dan Sebastian Stan. - Gempak.com

AKTRES Scarlett Johansson mencetak satu lagi rekod peribadi apabila diumumkan sebagai salah seorang bintang yang terlibat dalam francais terkini The Batman: Part II.

Pengumaman tersebut dibuat secara santai oleh pengarahnya, Matt Reeves di cuitan di platform X.

Reeves dilihat memperkenalkan barisan pelakon The Batman: Part II dengan berkongsi maklumat termasuk imej format GIF Johansson dari filem Under the Skin dengan menulis: “Next exit, Gotham…welcome.”

Selain Johansson, bintang lain yang diumumkan terlibat dengan projek mega ini adalah Robert Pattinson dan Sebastian Stan.

Selain itu, ada aktor senior Charles Dance yang dipercayai akan membawa watak Christopher Dent serta bintang lama seperti Pattinson yang kekal sebagai Bruce Wayne, atau Batman dan Colin Farrell sebagai Oz Cobb atau Penguin, lapor Variety.

Reeves kembali mengarahkan filem fenomena tersebut sebagai ‘follow up’ arahannya, The Batman pada 2022. The Batman: Part II dijangka akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 1 Oktober 2027.

Must Watch Video