Skip to main content

Malaysia

Ribuan umat Islam imarahkan malam pertama tarawih di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Suasana penuh khusyuk menyelimuti Masjid Negara malam ini apabila umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih pertama Ramadan 1447 Hijrah.  Umat Islam di seluruh negara dijangka menunaikan ibadah puasa, rukum ketiga Islam, bermula esok, menghayati malam-malam Ramadan dengan amal ibadah, doa dan zikir, sambil menanamkan nilai kesabaran dan taqwa dalam diri.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Suasana penuh khusyuk menyelimuti Masjid Negara di Kuala Lumpur malam tadi apabila umat Islam menunaikan solat sunat tarawih pertama Ramadan 1447 Hijrah. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR:

Malam pertama Ramadan disambut penuh kesyukuran di seluruh negara apabila ribuan umat Islam membanjiri masjid dan surau bagi menunaikan solat sunat tarawih, menandakan bermulanya bulan penuh keberkatan yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Seawal waktu isyak, jemaah daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dilihat memenuhi ruang solat, dengan sebahagian masjid mencatat kehadiran luar biasa, mencerminkan semangat umat Islam menyempurnakan rukun Islam keempat, iaitu berpuasa pada bulan Ramadan.

Di IBU NEGARA, tinjauan Bernama di Masjid Negara mendapati dewan solat utama yang mampu menampung hingga 15,000 jemaah dipenuhi umat Islam tempatan serta warga asing seawal waktu isyak bagi menghayati malam pertama bulan mulia itu.

Di SELANGOR, walaupun hujan, namun tidak menghalang orang ramai untuk hadir ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam seawal 8 malam sebelum azan berkumandang bagi menunaikan solat isyak dan tarawih berjemaah.

Image
ALOR SETAR, 18 Feb -- Imam jemputan dari Algeria, Muhammad Nizar Al Hafiz Al Jazaren (kiri), yang cacat penglihatan, mengetuai solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan 2026 di Masjid Zahir hari ini. Keimanan dan ketabahan beliau menjadi inspirasi kepada jemaah, menunjukkan bahawa ketaqwaan dan pengabdian kepada Allah SWT tidak mengenal batas fizikal.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Imam jemputan dari Algeria, Muhammad Nizar Al Hafiz Al Jazaren (kiri), yang cacat penglihatan, mengetuai solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan 2026 di Masjid Zahir, Alor Setar, malam tadi. -- fotoBERNAMA

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam hantaran di Facebook mengucapkan selamat berpuasa dan berharap Ramadan menjadi ruang memperteguh iman, memperbanyak amal, serta membersihkan hati dan niat dalam setiap urusan.

“Saya mendoakan agar segala ibadah kita dipermudah, kesihatan dipelihara, rezeki diberkati, dan keluarga diberi ketenangan. Marilah kita jadikan Ramadan sebagai madrasah untuk mendidik jiwa, memperkukuh disiplin, dan menyemai kasih sayang sesama insan,” katanya.

Di KELANTAN, perantau yang pulang sempena cuti Tahun Baharu Cina semalam, mengambil peluang menunaikan tarawih berjemaah bersama keluarga di masjid mahupun surau berhampiran.

 

Image
PONTIAN, 18 Feb -- Suasana malam Ramadan di Masjid Kampung Sungai Tempayan terus memancarkan keunikan tersendiri, apabila tradisi lama kekal subur meskipun arus pemodenan melanda. Masjid yang hampir mencecah usia 100 tahun ini mengekalkan reka bentuk asal berasaskan kayu, dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan keselesaan jemaah tetap terjaga.  Keistimewaan masjid terserlah apabila beduk masih diketuk sebagai penanda masuk waktu solat, dipegang teguh oleh Moin Samunik, antara penduduk lama kampung be
Suasana malam Ramadan di Masjid Kampung Sungai Tempayan, Pontian, terus memancarkan keunikan tersendiri, apabila tradisi lama kekal subur meskipun arus pemodenan melanda. --fotoBERNAMA

Penjawat awam Muhammad Nur Yazdani Rosli, 28, berkata dia pulang ke kampung halaman di Kuala Krai sejak Sabtu lepas bagi menyambut Ramadan bersama keluarga selepas tidak berpeluang berbuat demikian tahun lepas kerana komitmen kerja.

"Saya mohon cuti pada awal Ramadan kerana ingin berpuasa dan solat tarawih bersama keluarga. Secara tidak langsung dapat juga berjumpa dengan sahabat lama dan mengeratkan silaturahim bersama para jemaah yang lain," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Mukim Kenor, di Kuala Krai hari ini.  

Di JOHOR, kira-kira 1,500 umat Islam menunaikan tarawih di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat dengan kebanyakan jemaah mengambil kesempatan cuti umum untuk hadir bersama keluarga.

Solat tarawih di masjid itu dipimpin Imam Marzaki A. Rasak dan disertai penduduk di sekitar pusat bandar Batu Pahat.

 

Image
KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Suasana penuh khusyuk menyelimuti Masjid Negara malam ini apabila umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih pertama Ramadan 1447 Hijrah.  Umat Islam di seluruh negara dijangka menunaikan ibadah puasa, rukum ketiga Islam, bermula esok, menghayati malam-malam Ramadan dengan amal ibadah, doa dan zikir, sambil menanamkan nilai kesabaran dan taqwa dalam diri.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Suasana penuh khusyuk menyelimuti Masjid Negara Kuala Lumpur malam tadi apabila umat Islam menunaikan solat sunat tarawih pertama Ramadan 1447 Hijrah. -- fotoBERNAMA

Di KEDAH, kira kira 300 jemaah memenuhi Masjid Zahid di Alor Setar dengan sebahagian jemaah dilihat memanfaatkan bulan mulia ini dengan meluangkan masa membaca al-Quran sebelum menunaikan solat isyak dan tarawih.  

Solat tarawih di masjid berkenaan diimamkan oleh imam jemputan dari Algeria, Ustaz Nizar Hafiz Al Jazaren yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran yang merdu menyemarakkan lagi suasana ibadah. 

 Di SABAH, lebih 2,000 jemaah hadir menunaikan solat tarawih di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang dipimpin Ketua Imam masjid itu Ustaz Mohd Zamzuhardi Zaakariw Al-Hafiz bermula 8 malam. 

 

Image
KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Suasana penuh khusyuk menyelimuti Masjid Negara malam ini apabila umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih pertama Ramadan 1447 Hijrah.  Umat Islam di seluruh negara dijangka menunaikan ibadah puasa, rukum ketiga Islam, bermula esok, menghayati malam-malam Ramadan dengan amal ibadah, doa dan zikir, sambil menanamkan nilai kesabaran dan taqwa dalam diri.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Suasana di Masjid Negara Kuala Lumpur malam tadi. -- fotoBERNAMA

Kehadiran jemaah di seluruh negara pada malam pertama tarawih mencerminkan kesatuan dan semangat kebersamaan umat Islam dalam mengimarahkan Ramadan, yang menjadi medan meningkatkan ibadah, memperkukuh disiplin rohani serta mempererat ukhuwah sepanjang sebulan berpuasa.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video