Skip to main content

Malaysia

Proses tambah baik RUU pisah peranan AG, Pendakwa Raya ambil masa tiga bulan - Fahmi

61769760212_TBFahmiFadzil.jpg
Fahmi berkata, mesyuarat pertama Jawatankuasa Pilihan Khas dijadualkan pada 16 Mac. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Proses meneliti dan menambah baik Rang Undang-Undang (RUU) bagi memisahkan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil, mesyuarat pertama Jawatankuasa Pilihan Khas yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Osman Said, dijadualkan pada 16 Mac.

"Beliau (Azalina) telah memaklumkan... dijangka proses untuk meneliti pandangan, mengumpulkan maklum balas serta usaha untuk menambah baik RUU tersebut akan mengambil masa sekitar tiga bulan," katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya pada Rabu.

Terdahulu, Dewan Rakyat  meluluskan usul supaya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berkaitan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

Azalina berkata jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan sendiri oleh beliau dan dianggotai 11 ahli Parlimen lain.
 

Must Watch Video