Skip to main content

Malaysia

Proses gali kubur pelatih PALAPES, Syamsul Haris selesai

51756430747_KesKematian.jpg
SEMENYIH: Kerja-kerja menggali semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, Syamsul Haris Shamsudin, selesai kira-kira jam 9.15 pagi.

Hasil pemantauan Astro AWANI, keranda Allahyarham Syamsul dilihat mula dinaikkan dari tanah perkuburan pada sekitar jam 9.10 pagi.

Jasad Allahyarham Syamsul Haris kemudian akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kubur Syamsul Haris di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, di sini, menjadi tumpuan awam sejak jam 8 pagi tadi kerana orang ramai mahu melihat dari dekat kerja-kerja menggali kubur Allahyarham.

Kelibat ibu Allahyarham Syamsul, Ummu Haiman Bee Daulatgun turut kelihatan memasuki pintu masuk utama kawasan tanah perkuburan bagi melihat proses penggalian semula kubur anaknya sekitar jam 7.15 pagi.

Must Watch Video