KUANTAN: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang hilang sejak 14 Mei.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Arshad Ayob dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Ainul Maisarah Abu Bakar daripada bapa mangsa, pada kira-kira 10 pagi, semalam.
“Remaja itu dilihat kali terakhir di di Kampung Asli Pasu, Kuala Krau, Temerloh dengan memakai pakaian sekolah,” katanya.
Beliau berkata remaja itu berkulit hitam manis dan berbadan kurus tinggi.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut menerusi nombor 09-2662222 atau ke balai polis berhampiran.
-- BERNAMA