Skip to main content

Malaysia

Polis mohon bantuan kesan pemandu 'songsang' di Jalan Kuching

51568693499_TBWRONGWAY.jpg
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan yang dipandu bertentangan arus berhampiran Jalan Kuching pada Isnin tampil membantu polis.

Menurut Pengarah JSPT Datuk Azisman Alias sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

Bagaimanapun maklumat dan informasi dari pihak awam diperlukan agar pemandu kenderaan berkenaan dapat dikesan.

Orang ramai boleh berbuat demikian di mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jika ditahan, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan arahan atau isyarat lalu lintas.

Serta boleh disiasat dibawah Seksyen 42 Akta yang sama kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

BACA: Lagi kenderaan songsang dikesan berhampiran Jalan Kuching

 

Video dari kamera papan pemuka sebuah kereta menunjukkan sebuah kenderaan dipandu bertentangan arus itu tular di laman sosial sejak Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira kira jam 3.50 pagi isnin berhampiran Jalan Kuching dan hampir berlanggar dengan beberapa kenderaan yang melalui jalan terbabit.

Must Watch Video