Skip to main content

Malaysia

Polis kesan remaja perempuan hilang

51673477792_ShaliniKrishnan.jpg
PETALING JAYA: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di sekitar Flora Damansara, Damansara Perdana, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Shalini Krishnan kali terakhir dilihat berada di rumahnya sekitar jam 6.55 pagi.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima laporan berhubung kes kehilangan remaja warga tempatan itu pada Selasa jam 9.22 pagi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mohon tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fakhrudin berkata, orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Amir Hakimi Zakaria di talian 013-3783178. -Sinar Harian



Must Watch Video