Skip to main content

Malaysia

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh

41740816844_Kumaran.jpg
KULAI: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata lelaki itu dikenali sebagai R Kumaran, 46, dan beralamat di Jalan Chemor, Tanjong Rambutan, Perak.

"Penama ini dikehendaki hadir sebagai saksi penting bagi perbicaraan kes 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau memohon orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan, segera menghubungi pegawai penyiasat jenayah Inspektor Amy Dahlia Abdul Rahman di 014-9202402.

-- BERNAMA




Must Watch Video