KUALA LUMPUR : Pejabat Perdana Menteri hari ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menerusi satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan setelah meneliti permohonan berkenaan, Perdana Menteri bersetuju meluluskan cuti kedua-dua menteri tersebut.
Tambahnya, sebarang keputusan lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri.