Skip to main content

Malaysia

PM Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa lebih kukuh dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.   -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Anwar berucap ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Kuala Lumpur, pada Isnin. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemain industri pertahanan dan aeroangkasa global untuk menjalinkan kerjasama lebih rapat dengan pengeluar di Malaysia selari dengan peranan negara yang semakin berkembang dalam rantaian bekalan global bernilai tinggi.

Beliau berkata, syarikat-syarikat Malaysia telah membuktikan kemampuan mereka dalam beberapa rantaian bekalan komersial paling mencabar di dunia menerusi budaya yang menekankan ketepatan dan akauntabiliti yang kukuh, termasuk dalam sektor aeroangkasa pertahanan.

“Kepada pihak utama dan pembekal Tier 1 di sini, mari datang dan bertemulah dengan pengeluar kami. Luangkan masa bersama-sama mereka. Sebahagian daripada anda sudah pun berbuat demikian, dan saya mempelawa mereka yang belum untuk mempertimbangkan mengapa rakan-rakan anda yang lain telah pun melakukannya,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 hari ini, yang bertemakan “Empowering the Capability and Resilience of Technology Miners”.

Pameran yang  memasuki edisi ke-19 itu berlangsung hingga Khamis ini, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

 

Must Watch Video