Skip to main content

Malaysia

PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Perak

51698977931_Poster.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar mendoakan semoga Sultan Nazrin, Raja Permaisuri  dan seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama,” kata Perdana Menteri lagi.


Must Watch Video