Skip to main content

Malaysia

Ops Serkap: JIM tahan 16 warga asing di Lundu

LUNDU, 2 April 2026 – Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak telah berjaya menumpaskan satu aktiviti penyeludupan migran dalam satu operasi khas Ops Serkap yang dijalankan di kawasan sempadan Biawak, Lundu, pagi tadi. Operasi tersebut dilaksanakan hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti penyeludupan migran dan pemerdagangan orang yang aktif melalui laluan tidak diwartakan berhampiran perimeter ICQS Biawak.
Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menggagalkan aktiviti penyeludupan migran dengan penahanan 16 warga asing menerusi Ops Serkap di kawasan sempadan Biawak, Lundu, hari ini. - Foto Facebook JIM Sarawak

KUCHING: Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak menggagalkan aktiviti penyeludupan migran dengan penahanan 16 warga asing menerusi Ops Serkap di kawasan sempadan Biawak, Lundu, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, jabatan itu memaklumkan operasi dijalankan hasil maklumat risikan mengenai laluan penyeludupan migran dan pemerdagangan orang berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Biawak.

“Ketika operasi pagi tadi, sembilan anggota Pasukan Tindakan Khas jabatan itu mengesan dan mengekori dua kenderaan dipercayai membawa migran dari kawasan hutan sebelum ditahan di tepi jalan berhampiran Lorong Opek 8, Jalan Biawak.

“Hasil pemeriksaan menemukan warga asing terbabit terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” menurut hantaran itu.

JIM Sarawak memaklumkan dua kenderaan terbabit turut disita manakala kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 5(1), 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

Must Watch Video