ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 April 2026.
Tanda tanya mengenai spekulasi rumah tangga pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Khamis.
2. Manuskrip ratusan tahun mempertemukan tiga tokoh besar negara
Pada tahun 1988, sebuah detik penting dalam sejarah keilmuan negara terakam di Universiti Malaya apabila tiga tokoh yang masing-masing membawa pengaruh besar kepada masyarakat dan negara dipertemukan dalam satu majlis pelancaran karya ilmiah yang sangat penting.
3. Lenggong diiktiraf UNESCO Global Geopark secara rasmi Mei ini - Shamsul Anuar
Lenggong bakal mencatat sejarah apabila diumumkan secara rasmi sebagai UNESCO Global Geopark ketiga di Malaysia pada 23 Mei ini di Paris, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam rangkaian geopark bertaraf dunia.
4. Malaysia kini dalam mod kesiapsiagaan krisis, jangan tuding jari isu bahan api - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata negara kini berada dalam mod kesiapsiagaan krisis susulan ketidaktentuan global yang menjejaskan harga bahan api.
5. Inkues Zara Qairina: Autopsi psikologi rumus Zara akhiri nyawa sendiri - Saksi
Seorang pakar psikiatri forensik memaklumkan bahawa hasil autopsi psikologi mendapati kematian Zara Qairina Mahathir paling selari dengan tindakan mengakhiri nyawa sendiri.
6. Operasi penerbangan haji diteruskan walaupun ketegangan di Asia Barat - MAG
Malaysia Aviation Group (MAG) menegaskan operasi penerbangan haji bagi musim 2026 akan diteruskan seperti dijadualkan walaupun ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat telah menjejaskan perjalanan udara di beberapa bahagian di rantau ini.
7. Bekalan petroleum negara kekal stabil, kerajaan siap sedia pelan kontigensi - TPM Fadillah
Bekalan petroleum negara kekal stabil dan mencukupi, manakala kerajaan telah bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8. Konflik Asia Barat: BDR penjawat awam tertakluk dua syarat utama
Kerajaan bersetuju melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memenuhi dua syarat utama.
9. Krisis tenaga global: PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Besar, Ketua Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk meneliti secara menyeluruh perkembangan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
10. Konflik Asia Barat: Unjuran ekonomi makin mencabar, BNM rangka pelbagai senario
Bank Negara Malaysia (BNM) mengakui persekitaran ekonomi global kini sangat tidak menentu sehingga menjejaskan ketepatan sesuatu unjuran.